e-folio: kebudayaan dan perpaduan (MPU21032)

 



SESI PENGAJIAN: 1:2021/2022
KURSUS: MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK E-FOLIO: KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
PENSYARAH: PUAN ROHANI BINTI ABU BAKAR

 NAMA PELAJAR: 
  • FATIN IZZATI BINTI MUHAMAD NAZRI (03DAT21F1006)
  • VAESNAVI A/P AGILAN (03DAT21F1033)
  • LEE JIA ZOE (03DAT21F1078)
  • THANUSHA  A/P TIYAGARAJAN (03DAT21F1093)




ISI KANDUNGAN 

i.   Pengenalan
ii.  Budaya di Malaysia
      - Pakaian
      - Makanan
      - Permainan
      - Alat muzik
      - Tarian
iii. Kepentingan budaya

iv.  Perpaduan masyarakat Malaysia
v.   Kepentingan perpaduan
vi.  Kebaikan perpaduan
vii. Kesimpulan


Bendera Malaysia



PENGENALAN

Malaysia ialah sebuah negara yang dikenali dengan negara berbilang kaum. Hal ini kerana terdapat pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan aman di Malaysia. Terdapat tiga kaum utama di Malaysia, iaitu melayu, cina dan india. Melayu adalah kaum terbesar di Malaysia dengan membentuk 54% populasi daripada penduduk Malaysia, manakala cina pula mewakili 25% dan india 7.5%


Malaysia adalah negara yang mempunyai masyarakat berbilang etnik, pelbagai budaya, bahasa dan agama. Banyak kumpulan etnik di Malaysia yang mengekalkan identiti kebudayaan yang berbeza. Masyarakat Malaysia telah digambarkan sebagai “Asia dalam miniatur”.



BUDAYA DI MALAYSIA

PAKAIAN

Terdapat pelbagai jenis pakaian tradisional di Malaysia. Pakaian tradisional bagi kaum melayu ialah  baju kurung untuk wanita dan baju melayu untuk lelaki. Baju kurung ialah sehelai baju yang longgar dan dipadankan dengan kain Panjang yang berlipat di bahagian tepi. Baju melayu pula ialah sehelai baju longgar yang mempunya tiga poket dan dipadankan dengan seluar panjang. Pakaian tradisional bagi kaum cina pula ialah cheongsam bagi perempuan dan samfu bagi lelaki. Cheongsam ialah pakaian yang mempunyai leher yang tinggi, butang di bahu dan bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di bahagian kiri dan kanan kain. Samfu pula adalah sepasang baju dan seluar yang diperbuat daripada kain yang nipis. Pemakaian bagi kaum india pula ialah sari bagi kaum wanita dan kurta bagi kaum lelaki. Sari ialah sebidang kain yang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut dan dililitkan pada badan manakala kurta pula ialah sehelai baju yang labuhnya hingga ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen. Pakaian-pakaian ini sering dipakai ketika musim perayaan.

Kurta dan sari

Cheongsam dan samfu

baju kurung dan baju melayu



MAKANAN

Makanan di Malaysia mencerminkan solekan pelbagai etnik penduduknya ataupun pelbagai budaya di Malaysia. Banyak budaya dari Malaysia dan Kawasan sekitarnya telah mempengaruhi makanan di Malaysia seperti melayu cina, india, siam, jawa dan iban. Terdapat pelbagai jenis makanan daripada pelbagai etnik yang dapat diperoleh di Malaysia. Antaranya makanan kaum melayu, seperti nasi lemak, satay, lemang dan rendang yang disediakan pada hari raya. Makanan bagi kaum cina pula adalah seperti yee sang dan kuih bulan yang disediakan ketika perayaan tahun baru cina dan dumpling. Bagi kaum india pula, adalah seperti murukku, tosai, nasi beriani dan putu mayam.

lemang dan rendang

yee sang

nasi briyani



PERMAINAN

Terdapat pelbagai jenis permainan di Malaysia. Antaranya congkak, dimainkan oleh dua orang pemain. Mereka perlulah berkedudukan mengadap satu sama lain, untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap lubang. Seterusnya sepak raga dan gasing daripada kaum melayu, manakala daripada kaum cina pula adalah mahjong, yo-yo cina dan xiangqi atau nama lain catur cina. Seterusnya permainan bagi kaum india pula ialah chaturanga ataupun catur india dan kabaddi yang dimainkan oleh dua pasukan dan setiap pasukan terdiri daripada tujuh orang.

xiangqi
congkak
kabadi



ALAT MUZIK

Muzik di Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik kaum melayu terdiri daripada kompang, permukaan kompang dibuat dengan kulit kambing yang dibuang bulunya dan kompang sering dimainkan dalam majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis berkhatan, seterusnya seruling dan gong. Alat muzik cina pula ialah pipa, guzheng dan yangin, manakala alat muzik india ialah table, nadaswaram, pullangulal dan veenai.



kompang


pipa

veenai



TARIAN

Malaysia juga mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, terdapat pelabagai jenis tarian daripada pelbagai etnik di Malaysia. Antaranya daripada kaum melayu seperti tarian Mak yong, tarian Zapin dan tarian Gamelan. Seterusnya, tarian bagi kaum cina pula adalah tarian Naga. Tarian ini sering dipersembahkan ketika musim perayaan. Manakala, bagi kaum india pula ialah tarian Kathak yang bermaksud seni bercerita dan tarian Bharata Natyam. Selain itu tarian Ngajat bagi kaum iban. Tarian ini akan dipersembahkan ketika menyambut hari gawai.


tarian naga

tarian ngajat

tarian khatak

tarian zapin





KEPENTINGAN KEBUDAYAAN

1.     Melambangkan identiti sesebuah negara

Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keunikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.

 

2.     Mencerminkan budi pekerti masyarakat Malaysia

Aktivit saling kunjung mengunjungi pada musim perayaan menunjukkan kemesraan sesama kaum di Malaysia. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlulah dikekalkan agar kehidupan akan terus harmoni.

 

3.     Memupuk perpaduan negara

Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni, misalnya kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tanpa mengira keturunan, agama dan amalan adat resam akan turut merayakan bersama-sama.

 

4.     Mengekalkan kesinambungan tamadun

Melalui budaya tradisional masyarakat kita, kita dapat mengetahui asal usul kita, dengan ini kita tidak akan mudah lupa daratan, sebaliknya kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita dan dari sini kita akan mendapat iktibar.




PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia adalah perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakat.

 

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

 

Antara teorinya adalah daripada seorang tokoh sejarawan dan pemikiran islam iaitu Ibn Khaldun yang secara efektif menyatakan bahawa setiap dinasti memiliki benih-benih kejatuhannya. Beliau menerangkan bahawa keluarga yang memerintah lazimnya muncul dari pinggir empayar dan menggunakan kepaduan yang terdapat dalam masyarakat pinggiran untuk membawa perubahan kepada pimpinan.



 

KEPENTINGAN PERPADUAN

Menurut titah sultan johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, semangat perpaduan perlu dipupuk di dalam setiap rakyat Malaysia sejak dari bangku sekolah dengan mengukuhkan jati diri. Hal ini diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang akan bertindak matang dan bertanggungjawab.

Kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi mengekalkan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.

Perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Bak kata pepatah, “Bersatu teguh, bercerai roboh”

 

 KEBAIKAN PERPADUAN

·      Masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang harmoni ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.

 

·  Menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunan dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

 

·   Pihak kerajaan boleh memajukan sector pelancongan negara. Hal ini kerana, keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia.

 

·   Kemajuan dalam sektor pelancongan akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.



KESIMPULAN

Perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat adalah satu perkara penting. Oleh yang demikian, semua rakyat dan kerajaan harus bersama-sama memainkanperanan dalam meningkatkan perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang berbilang kaum, yang hidup bersatu-padu serta aman sentosa. Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu bijak dalam menentukan hala tuju dan dasar sesebuah negara untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara serta integrasi nasional sangat penting bagi membangunkan sesebuah negara ke arah global. Bak kata pepatah “berat sama dipikul ringan sama dijinjing"




RUJUKAN

Kebudayaan Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/29/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia/

http://tarianmalaysia29.blogspot.com/

http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/

https://infobybadgeniusgirls.blogspot.com/

https://sites.google.com/site/sivikkenalibudayamalaysia/tanggungjawab-mengekalkan-kepelbagaian-warisan-budaya-malaysia/kepentingan-mengekalkan-kepelbagaian-budaya-malaysia

https://www.scribd.com/doc/310757976/Kebaikan-Perpaduan-Kaum-Kepada-Masyarakat-Dan-Negara

Perpaduan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas










Comments